AKAUN FOTOPAGES INI TELAH DITUTUP
SeLaMaT DaTaNg Ke WeB TeMpAHaN SuLaMaN MaNiK LaBuCi
By: AMIRAH ADLI

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]
Monday, 14-Dec-2009 10:30 Email | Share | | Bookmark
~ TuDuNg - MiRa ~

 
 
:: Ni tudung saya...
:: Saya suka tudung saya simple macam ni jahit batu-batunya...
:: Buat sebaris cam cekak rambut n bling-bling tu nampak macam crown...
:: Hehehehe...perasan nak jadi ratu la tu...
:: Nak jahit pun tak sampai satu jam...
:: Sat ja dah siap...
:: Model oleh saya sendiri..hehehehe...(dah tudung sendiri kan... )




Quote:
Liyana: Salam mesra Liyana...terima kasih banyak....semoga Liyana pun success dalam dunia beading ni ye...
Julie: A'ah...tudung ni la...ada jugak tudung lain...tapi aku tak ambik gambar lagi...semua yang aku jahit kat tudung aku, aku guna batu-batuan je...aku cam tak berkenan sikit manik labuci...tengok la next time kalau aku teringin nak jahit guna manik labuci...


Tuesday, 8-Dec-2009 10:36 Email | Share | | Bookmark
~ Pengalaman Bersama Kaum Orang Asli, Grik, Perak ~

Peserta sedang belajar menyulam manik
di perkampungan orang asli
peserta sedang mengajar kaum orang asli
View all 6 photos...
Pada 4-6 Disember 2009, office saya telah mengadakan program yang diberi nama Jelajah Integriti 2009. Program ini telah dijalankan di perkampungan orang asli Air Banun, Grik, Perak. Tujuan program jelajah ini diadakan kerana ingin merapatkan jurang yang ada di antara orang asli dengan orang kita. Salah satu modul yang telah dijalankan ialah Modul Ibu: Modul Menyulam Manik. Saya telah mengetuai modul ini bersama seorang lagi rakan saya di office, iaitu Puan Mas.

Program ini dihadiri oleh peserta MRSM dan universiti yang mempunyai kelab integriti. Tugas kami adalah mengajar peserta-peserta ini termasuk peserta lelaki. Saya sangat merasa kagum kerana pelajar lelaki juga turut sama terlibat dalam aktiviti ini, lebih-lebih lagi mereka mendapat pengalaman baru menyulam manik dan tidak merungut. Rata-rata peserta tidak pernah menyulam manik dan menjadi satu cabaran kepada kami kerana terpaksa menghabiskan teknik yang akan diajar kepada penduduk orang asli sekitar kurang lima jam. Teknik yang diajar ialah beriring, berirng 2 baris dan tocang.

Pada hari kedua program, peserta telah bergerak ke perkampungan orang asli dengan berjalan kaki melalui jalan tanah merah dan jalan tar yang telah pecah serta jalan yang berbukit selama lebih kurang 1 jam untuk sampai bagi menjalankan aktiviti yang telah ditetapkan. Kami tiba di perkampungan orang asli lebih kurang jam 10.00 pagi. Kaum orang asli adalah kaum yang pemalu, jadi peserta terpaksa mengetuk pintu untuk menjemput mereka menyertai program yang kami telah sediakan. Di perkampungan tersebut tidak mempunyai tempat yang sesuai untuk menyulam seperti balai raya. Jadi kami hanya duduk di atas tanah dan jalan tar untuk mengadakan aktiviti tersebut. Walaupun keadaan begitu, kaum ibu orang asli sangat berminat untuk mempelajarinya. Pemerhatian saya, saya dapati kebanyakan kaum-kaum ibu adalah sangat muda, yang paling muda yang saya kenali berumur 14 tahun dan mempunyai 3 orang anak....

Aktiviti yang disediakan untuk kaum ibu berjaya dijalankan dengan panduan peserta-peserta program yang telah kami ajar. Saya gembira mereka berjaya melakukannya. Pada pengamatan saya, kaum orang asli di Air Banun ini tidak pernah menyulam manik, tetapi ada antara mereka yang boleh menyulam dengan sangat baik. Mungkin bakat yang ada tidak dapat digilap dengan keadaan mereka di sana. Itulah pengalaman saya yang dapat dikongsi.








Quote:
Kak Elly: Thanks kak...kalau dah terlibat dengan program macam ni mesti la kena buat kerja-kerja CSR....
Mira: Thanks Mira...keje untuk merapatkan jurang antara mereka dan kita...
Kak Sarimah: Uih..best jugak dapat p New Zealand...tapi bahasa orang asli sini pun tak berapa nak faham...ini kan pula orang asli New Zealand sana ye tak...
Nenek Kebayan: Terima kasih nek...


Sunday, 6-Dec-2009 16:11 Email | Share | | Bookmark
~ Ikatan Mutiara Kasih & Citra - Fiza, Klang ~

 
 
 
:: Tak tau nak citer apa....
:: Baju kurung pesak pahang
:: Fiza hantar sekali dengan kain supaya matching kalernya....




Quote:
Jue: Thanks Jue...tuan baju pun suka n puas hati...aku suka la tuan baju cakap mcm tu...takut tak berkenan je...
Kak Sarimah: Ni idea yang tetiba je datang...lakaran dah lain...jahit dah jadi lain...kengkononnya boh la nama citra tu...


Sunday, 6-Dec-2009 16:08 Email | Share | | Bookmark
~ Beriring - Pn. Rose ~

 
Baju kawan sekolah mak....


Sunday, 6-Dec-2009 16:04 Email | Share | | Bookmark
~ Tudung - Anak Kak Siti ~

 
Tudung anak ofismate kita
Anak die umur 11 tahun
So, saya buat simple je...


[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net